https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjCGYZZYepR66FWEo9c11_M_Y_YT97HAwU09gpOyKlp9EvxQXh3oKOJU08vqZdeD-TncpFodu2TyVum7MtoREghUrO_pD1aTwdhFqZOYawCxOq4ymSSrkH9F8V5JJ4G3IiQWU3ExZSRdjOV/s1600/bannersegmenbyanysnadhilah.png
Isnin, 13 Februari 2012
teringin plak nk buat kuih kuaci..nyum! nyum! dap nyer..hehe....korang xnk try ke buat kuih kuaci ?? lembut2..gebu2..SEDAP !!!! RUGI KALAU TAK CUBA BUAT SENDIRI...seronok bila makan air tangan sendiri tau..teringat plak kuih yang Nobita dgn Doremon asyik berebut tu..kantoi lha plak lyan citer tu..hehehe...
JOM JOIN EQHA BUAT KUIH KUACI :
Gadis rEmaja cinta sEtia
JOM JOIN EQHA BUAT KUIH KUACI :
Bahan-bahan ( 20 biji )
- BAHAN2 UNTUK DOH:-
- 250 g tepung pulut
- 1/2 cawan tepung pulut hitam
- 1 1/2 cawan air
- BAHAN2 UNTUK INTI:-
- 1 biji kelapa berkulit basah (yg tidak terlalu tua)
- 1 ketul gula Melaka
- 1 cawan gula pasir
- 2 helai daun pandan, disimpul
- 1/2 cawan air
- BAHAN2 LAIN:-
- Daun pisang secukupnya, dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5 inci x 5 inci.
- Minyak kelapa secukupnya (minyak makan pun boleh)
- 1 cawan pati santan + secubit garam
Cara-cara
- UNTUK INTI:- Kelapa diparut putih. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air. Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali. Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit. Angkat dan sejukkan.
- UNTUK DOH:- Satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas. Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Jika kurang air tambah sedikit lagi.
- UNTUK MEMBUAT KUEH KOCI:- Ambil sehelai daun pisang, sapu dgn minyak pada permukaan daun pisang tadi. Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu camca teh inti.
- Tutup inti dgn doh dan bubuh satu camca teh santan pekat.
- Kemudian lipat seperti biasa.
- Yang ini berbentuk bantal.
- Dan yang ini berbentuk piramid
- Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit atas air menggelegak. Banyak atau kurang jumlah kueh koci bergantung pada saiz kueh masing2.
SELAMAT MENCUBA YA KAWAN KAWAN..NYUM NYUM :3
Ahad, 12 Februari 2012
Cinta ibarat kan permata dimata semua insan….Ingin sekali aku terus dilayari bahtera cinta yang telah membawa aku ke dalam lembah yang membahagia kan aku untuk kesekelian kali nya….Ya Allah..Apakah makna tersembunyi yang telah kau cipta kan untuk aku setelah kau hadir kan dia dalam hidup aku …?Apa kah yang telah Kau beri kan dalam hati kami untuk dicintai ?? Adakah sekeping hati ini akan terus setia pada satu hati yang ada pada kekasih ku ??? Aku juga insan yang lemah dan selemah daya aku membawa kaki ini untuk terus melangkah didunia mu walau pun aku tahu bahawa aku akan jatuh jua….Walau setegar keras nya hati ini telah aku ajar kan…Tapi ia tetap akan terkulai layu seperti tisu yang di lencuni air…Duhai cinta…Apakah dosa ku untuk terus disakiti oleh tindakan mu..?Bisa kah aku menjadi pencinta yang setia melawan seribu dugaan dan ujian yang telah Dia beri kan ??? Aku amat menyintai mu tapi aku juga menyintai dia…..Apakah ujian untukku kali ini ?? Tak bias untuk ku sakiti ke dua orang yang amat aku sayangi ….Amat aku cintai…Beri lah aku peluang untuk membukti kan sayang dan cinta ku untuk kau dan dia…..Jangan lah menghukumi diri ku andai nya ternyata dan terbukti aku yang bersalah dalam hal ini…Terus kan lah beri aku sekeping harapan dan semangat….Beri kan lah aku peluang untuk kesekian kali kerna aku hanya lah hati yang rapuh dalam menentukan siapa yang aku cinta ..
wahai cinta .. beri kan lah aku cinta mu ….
SEKIAN ….
Khamis, 9 Februari 2012
ANAK MUDA ISLAM BOLEH RAI HARI KEKASIH TAPI………..
Anak muda Muslim dan Muslimah boleh meraikan kekasih hati terutama mereka yang telah berada diambang perkahwinan, sama ada sempena Hari Kekasih ataupun pada hari lebaran yang lain, selama mana mereka memelihara adab dan akhlak Islam, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan.
Menulis tulisannya di Harakahdaily dan turut dimuat dalam blognya, beliau berkata antara adab dan akhlak Islam tersebut ialah:
a] Pastikan tidak berdua-duaan, sebaliknya ditemani mahram;
b] Tidak mendedahkan aurat apatah lagi berpakaian seksi; dan
c] Tidak melakukan perbuatan yang dilarang agama
“Mereka mungkin perlu bertemu pada saat-saat tertentu dengan memelihara adab dan akhlak yang telah saya nyatakan tadi, bagi mereka saling mengenali dan menyelami isi hati mereka sebagaimana mereka perlu membincangkan rancangan masa depan dan persiapan mereka menghadapi gerbang perkahwinan,” katanya.
Namun, tegas Nasrudin, anak muda Muslim perlu mengelakkan budaya asing dan syiar agama lain dibawa masuk mewarnai corak dan gaya kehidupan mereka.
“Lantaran Islam sudah lengkap dengan tatacara dan gaya hidup yang indah dan mendamaikan.
“Islam tidak pernah menghalang kemahuan dan keperluan manusia tetapi Islam memurnikan kemahuan dan mengurus keperluan mereka agar tidak terhindar dari redha Allah swt Tuhan yang mencipta mereka,” tambahnya.
Menurutnya lagi, meraikan kekasih hati tidak terhad kepada anak muda yang belum berumahtangga, bahkan terlebih wajar ianya diraikan oleh pasangan yang sudah berumahtangga, sama ada yang baru dibina ataupun yang sudah lama.
“Keraian tersebut boleh menyuburkan rasa kasih dan cinta yang sekian lama bersemi. Hubungan suami isteri bertambah intim dan keluarga kian erat.
“Terutama seorang pejuang, terlebih aula ia memiliki rumahtangga yang mendamaikan agar aksi di medan juang lebih berkesan,” katanya.
Nasrudin mengesyorkan, sempena hari kekasih ataupun apa jua nama hari lebaran yang membawa maksud serupa, diraikan dengan hadiah dan ziarah.
“Jika melibatkan pasangan yang belum diijab kabul, pastikan tiga adab dan akhlak yang telah saya tegaskan tadi laksanakan.
“Tidak susahkan? Hanya perlu ditemani mahram seperti adik beradik ataupun ibubapa serta berpakaian menutup aurat.
“Ianya untuk keselamatan anda juga. Ingat, kita hidup di zaman yang sangat terdedah kepada kemungkinan maruah kita dicalar dan diragut dengan begitu mudah dan rakus jika kita tidak mengambil langkah berhati-hati.
“Saya ucapkan selamat meraikan kekasih hati anda dengan akhlak Islami. Semoga rumahtangga anda, sama ada yang bakal dibina atau yang telah lama dibina, akan senantiasa dirahmati dan diberkati Allah swt.
Mengulas lanjut, Nasrudin berkata, memadu kasih antara dua insan lelaki dan perempuan adalah antara nikmat anugerah Allah swt kepada ummat manusia.
“Malah kasih dan cinta yang berputik lalu berbunga dan berbuah inilah menjadikan bumi ini meriah dengan penghuninya. Namun Islam tidak menetapkan hari-hari tertentu untuk meraikannya.
“Adam dan Hawa pernah memadu kasih. Sunnah mereka berdualah menjadi fitrah ummah yang tidak mungkin boleh dipadam.
“Lantas Islam dibawa datang dari tuhan yang sama dengan tuhan yang telah mencipta manusia lalu menyatukannya dengan kasih dan cinta, malah tuhan yang sama jua telah menyusun kehidupan ini dengan penuh sistematik agar cinta tidak bernoda dan kasih tidak menjadi tragedi.
“Islam mensyariatkan institusi perkahwinan untuk meluruskan kasih dan cinta. Justeru itu, Islam mengizinkan lelaki dan perempuan saling membina perasaan, memupuk rasa kasih serta memekarkan bunga cinta antara mereka selama mana mereka tidak membiarkan syaithan dan iblis menjadi perantara yang menjerumuskan hubungan mereka ke lembah maksiat dan mungkar,” jelasnya.
Khamis, 2 Februari 2012
6 Tip Untuk Tampil Lebih Yakin
TAHUKAH KAMU DENGAN ADANYA KEYAKINAN DIRI, IA DAPAT MEMBANTU MENJADIKAN HIDUP KAMU LEBIH BAHAGIA DAN BERJAYA? KEYAKINAN DIRI BOLEH TERBENTUK SAMA ADA KETIKA KAMU BERDEPAN DENGAN SESUATU YANG MEMERLUKAN KAMU UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN BESAR ATAUPUN BAGAIMANA KAMU MENYESUAIKAN DIRI DENGAN SUASANA BARU SERTA BAGAIMANA cARA KAMU MENENTANG PENGARUH BURUK DARIPADA RAKAN SEBAYA. JOM IKUTI TIP UNTUK MEMBINA KEYAKINAN DIRI KAMU INI!
1. Tarik nafas dan jangan terburu-buru
Berfikiran santai dan tidak stres kepada sesuatu perkara akan membuka minda kamu untuk berfikir secara meluas. Ia juga membantu kamu dalam memberi idea yang lebih menarik tentang sesuatu perkara apabila kamu berfikir secara tidak terburu-buru.
2. Kenal pasti kekuatan kamu
Jika kamu merasakan kamu langsung tiada kekuatan atau kemahiran, kamu boleh cuba untukmenyenaraikan pa yang kamu suka lakukan dan menjadikannya sebagai kekuatan dalam diri kamu.
3. Sentiasa berfi kiran positif
Semua orang di dunia ini tidak sempurna dan mempunyai kekurangan masing-masing. Kamu tidak perlu merasa rendah diri dengan kekurangan kamu. Kadangkala kamumerasakan bentuk tubuh kamu tidak menarik tetapi haruslah diingatkan, masih ada orang lain yang mempunyai bentuk tubuh yang lagi tidak menarik daripada kamu. Jadi jangantakut untuk merasakan diri kamu cantik dan tampil lebih yakin ya?
4. Jangan letakkan had pada diri
Satu sebab utama yang menyebabkan kamu tiada keyakinan diri ialah dengan meletakkan had kepada diri kamu untuk melakukan sesuatu perkara. contohnya, jika kamu tidak mendapat markah tertinggi di dalam kelas, jangan fikirkan had kamu hanya setakat itu sahaja. Kamu harus berusaha lebih lagi kerana usaha itu tangga kejayaan. Kamu pasti akan mendapat markah tertinggi sekiranya kamu berusaha dengan bersungguh- sungguh. yakinlah bahawa setiap orang pasti berjaya dengan adanya usaha.
5. Raikan kejayaan kamu walaupun kecil
Meraikan kejayaan kamu bersama-sama dengan keluarga atau sahabat handai boleh mendorong kamu untuk menjadi lebih berjaya. Walaupun kejayaan kamu hanyalahdengan lulus ujian memandu ataupun kamu berjaya memberikan ucapan di atas pentas, itu juga merupakan kejayaan buat diri kamu.Tidak salah untuk kamu eraikannya kerana itu akan membantu kamu menjadi manusia yang lebih yakin.
6. Hargai diri kamu setiap hari
Fikirkan perkara baik yang kamu buat setiap hari antaranya bangun awal pagi, senyum kepada orang yang tidak dikenal, menelefon dan bertanya khabar kepada ahli keluarga kamu yang lain serta banyak lagi. Itu membuktikan bahawa banyak lagi perkara baik yang kamu boleh capai dalam satu hari dan ia merupakan sesuatu yang boleh kamu banggakan. Kamu akan boleh melangkah dengan lebih yakin dengan memikirkantentang perkara baik yang telah kamu lakukan.
Langgan:
Catatan (Atom)