-->
eQha steLLa

sEtiaP insan...ada cErita nya tErsEndiri...baik dan bUruk adaLah cEritEra kEhiduPan .. xkuranG nya aku sbGai makLuk Tuhan yanG tELah diciPta Nya ke dunia ini ... aku bErjanji xkn pErnah kaLah pada pEjuanGan yanG tELah aku ciPta kn ..insyaAllah dGn izin Nya:)



Free Widgets


Cool Widgets

Khamis, 9 Februari 2012

ANAK MUDA ISLAM BOLEH RAI HARI KEKASIH TAPI………..



Anak muda Muslim dan Muslimah boleh meraikan kekasih hati terutama mereka yang telah berada diambang perkahwinan, sama ada sempena Hari Kekasih ataupun pada hari lebaran yang  lain, selama mana mereka memelihara adab dan akhlak Islam, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan.
nasrudin hassan tantawi pas youth leader interview 160609 03Menulis tulisannya di Harakahdaily dan turut dimuat dalam blognya, beliau berkata antara adab dan akhlak Islam tersebut ialah:
a] Pastikan tidak berdua-duaan, sebaliknya ditemani mahram;
b] Tidak mendedahkan aurat apatah lagi berpakaian seksi; dan
c] Tidak melakukan perbuatan yang dilarang agama
“Mereka mungkin perlu bertemu pada saat-saat tertentu dengan memelihara adab dan akhlak yang telah saya nyatakan tadi, bagi mereka saling mengenali dan menyelami isi hati mereka sebagaimana mereka perlu membincangkan rancangan masa depan dan persiapan mereka menghadapi gerbang perkahwinan,” katanya.
Namun, tegas Nasrudin, anak muda Muslim perlu mengelakkan budaya asing dan syiar agama lain dibawa masuk mewarnai corak dan gaya kehidupan mereka.
“Lantaran Islam sudah lengkap dengan tatacara dan gaya hidup yang indah dan mendamaikan.
“Islam tidak pernah menghalang kemahuan dan keperluan manusia tetapi Islam memurnikan kemahuan dan mengurus keperluan mereka agar tidak terhindar dari redha Allah swt Tuhan yang mencipta mereka,” tambahnya.
Menurutnya lagi, meraikan kekasih hati tidak terhad kepada anak muda yang belum berumahtangga, bahkan terlebih wajar ianya diraikan oleh pasangan yang sudah berumahtangga, sama ada yang baru dibina ataupun yang sudah lama.
Nuffnang Ads
“Keraian tersebut boleh menyuburkan rasa kasih dan cinta yang sekian lama bersemi. Hubungan suami isteri bertambah intim dan keluarga kian erat.
“Terutama seorang pejuang, terlebih aula ia memiliki rumahtangga yang mendamaikan agar aksi di medan juang lebih berkesan,” katanya.
Nasrudin mengesyorkan, sempena hari kekasih ataupun apa jua nama hari lebaran yang membawa maksud serupa, diraikan dengan hadiah dan ziarah.
“Jika melibatkan pasangan yang belum diijab kabul, pastikan tiga adab dan akhlak yang telah saya tegaskan tadi laksanakan.
“Tidak susahkan? Hanya perlu ditemani mahram seperti adik beradik ataupun ibubapa serta berpakaian menutup aurat.
“Ianya untuk keselamatan anda juga. Ingat, kita hidup di zaman yang sangat terdedah kepada kemungkinan maruah kita dicalar dan diragut dengan begitu mudah dan rakus  jika kita tidak mengambil langkah berhati-hati.
“Saya ucapkan selamat meraikan kekasih hati anda dengan akhlak Islami. Semoga rumahtangga anda, sama ada yang bakal dibina atau yang telah lama dibina, akan senantiasa dirahmati dan diberkati Allah swt.
Mengulas lanjut, Nasrudin berkata, memadu kasih antara dua insan lelaki dan perempuan adalah antara nikmat anugerah Allah swt kepada ummat manusia.
“Malah kasih dan cinta yang berputik lalu berbunga dan berbuah inilah menjadikan bumi ini meriah dengan penghuninya. Namun Islam tidak menetapkan hari-hari tertentu untuk meraikannya.
“Adam dan Hawa pernah memadu kasih. Sunnah mereka berdualah menjadi fitrah ummah yang tidak mungkin boleh dipadam.
“Lantas Islam dibawa datang dari tuhan yang sama dengan tuhan yang telah mencipta manusia lalu menyatukannya dengan kasih dan cinta, malah tuhan yang sama jua telah menyusun kehidupan ini dengan penuh sistematik agar cinta tidak bernoda dan kasih tidak menjadi tragedi.
“Islam mensyariatkan institusi perkahwinan untuk meluruskan kasih dan cinta. Justeru itu, Islam mengizinkan lelaki dan perempuan saling membina perasaan, memupuk rasa kasih serta memekarkan bunga cinta antara mereka selama mana mereka tidak membiarkan syaithan dan iblis menjadi perantara  yang menjerumuskan hubungan mereka ke lembah maksiat dan mungkar,” jelasnya.


Gadis rEmaja cinta sEtia

Dicatat oleh Eqha Stella di 9:06 PTG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

1 ulasan:

  1. Aisyah Nabilah Alias14 Mac 2012 pada 9:32 PG

    Salam..


    this is really nice dear ;)

    BalasPadam
    Balasan
      Balas
Tambah ulasan
Muatkan lagi...

Langgan: Catat Ulasan (Atom)

Lencana Facebook

Eqha Stella

Reka Lencana Anda
diary chEnta aty

Mengenai Saya

Foto saya
Eqha Stella
kejayaan bukan pada akhir keputusan tapi kejayaan di lihat dari permulaan :)
Lihat profil lengkap saya

aku eQha

aku eQha

eQha a.k.a Gadis dEsa

"aku tEtaP akan mEnjadi diri ku samPai naFas ku yanG tErakhir kErna aku adaLah aku "

kau kEsayanGan ku

kau kEsayanGan ku





Stick-it notes

Pengikut




Gratisan Musik

.

.

.

.

.

.

Arkib Blog

  • ►  2013 (4)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (1)
  • ▼  2012 (13)
    • ►  Disember (1)
    • ►  Julai (1)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (1)
    • ▼  Februari (5)
      • teringin nak join CONTEST ni :3 https://blogger....
      • teringin plak nk buat kuih kuaci..nyum! nyum! dap ...
      • Cinta ibarat kan permata dimata semua insan….Ingin...
      • ANAK MUDA ISLAM BOLEH RAI HARI KEKASIH TAPI………..
      • 6 Tip Untuk Tampil Lebih Yakin TAHUKAH KAMU DENGA...
    • ►  Januari (3)
  • ►  2011 (19)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (9)

6ixth Sense - Tak Bisa Memilihmu

 

Telah jauh terpisah, diriku dan dirimu,
Dalam ruang dan waktu,
Sendiriku jalani sepiku, tanpa dirimu,
Resahku tanpa hadirmu,
Sungguh berat hatiku untuk merasakannya

Salahku mencintai dirinya saat jauhku terpisah
Darimu,Dan hadirnya menyentuh hatiku,
Untuk cintainya,
Hatiku pun inginkannya,
Hingga runtuh setiaku kepada dirimu

Kusakiti hatimu yang tulus mencintaiku….

C/O
Maaf ku tak bisa memilih dirimu
Karena kuterhanyut mencintai dia
Inilah salahku yang memberi ruang
Didalam hatiku tuk mencintainya…

(terhanyut jiwa ini,terjatuh dihatinya)

 

 

powered by lirik lagu indonesia

Get this widget here

aku mEnyayanGi mu

aku mEnyayanGi mu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers
Imej tema oleh ozgurdonmaz. Dikuasakan oleh Blogger.