-->
eQha steLLa

sEtiaP insan...ada cErita nya tErsEndiri...baik dan bUruk adaLah cEritEra kEhiduPan .. xkuranG nya aku sbGai makLuk Tuhan yanG tELah diciPta Nya ke dunia ini ... aku bErjanji xkn pErnah kaLah pada pEjuanGan yanG tELah aku ciPta kn ..insyaAllah dGn izin Nya:)



Free Widgets


Cool Widgets

Sabtu, 31 Disember 2011

bEntuk baDan vs pemakaian ??

INFO:
Cubalah bandingkan diri anda dengan bentuk badan fisiologi ini. Bagaimanapun, jangan bimbang jika anda tidak termasuk dalam sebarang golongan itu kerana kebanyakan individu memiliki jenis kombinasi.  


Bentuk buah pir/segi tiga/ A
Ciri: Memiliki bahagian atas lebih kecil daripada bahagian bawah iaitu besar di sekitar pinggul dan peha kerana lemak berkumpul di sini. Secara tidak langsung ia menyebabkan pinggang kelihatan kecil dan ramping. Tetapi wanita jenis ini tidak memiliki payudara yang besar. Meskipun dikatakan bertuah kerana mempunyai pinggang yang ramping, anda memiliki betis agak besar.
Cara bergaya: Perlu lebih berhati-hati kala memilih pakaian bagi memastikan bahagian bahu tampak luas, pakai baju yang ada pelapik bahu yang kecil untuk mengimbangi pinggul yang besar.
- Usah kenakan skirt labuh kerana anda akan kelihatan lebih besar.
- Blaus pula usah terlalu labuh dan pastikan ia tidak jatuh pada garisan paling lebar kerana akan kelihatan lebih lebar.
- Jangan pakai jaket dengan skirt atau seluar yang ketat pada bahagian pinggul.
- Bahagian bahu perlu dilebarkan 1.5 sentimeter hingga dua sentimeter. Alas bahu ialah 1 hingga 1.5 sentimeter.
Warna: Pakai warna cerah untuk bahagian atas dan warna gelap pada bahagian bawah sama ada skirt atau seluar panjang, supaya mata memandang ke bahagian atas, bukannya ke bahagian pinggang ke bawah. Elakkan motif fabrik yang terlalu sarat dan besar pada bahagian bawah tubuh. Jalur menegak pada bahagian bawah untuk membuatkan punggung kelihatan lebih kecil.  

Bentuk buah jenis epal/kotak/ O
Ciri: Wanita yang mempunyai tubuh berbentuk kotak mempunyai ukuran bawah yang sama lebarnya pada semua bahagian iaitu lurus dari atas ke bawah, justeru tidak memiliki lengkok. Bahagian atas dan bawah tubuh kelihatan lurus dan selaras daripada bahu ke pinggul. Lemak biasanya terkumpul pada bahagian abdomen atau perut dan menjadikan perut nampak lebih ketara. Bentuk ini menjadikan pemiliknya kelihatan pendek walaupun dia sebenarnya tinggi. Mereka seolah-olah berpinggang pendek dan bahagian bahu pula kelihatan seolah-olah lebar. Masalah tubuh ini ialah kerana pinggangnya yang lebih besar daripada bahagian pinggul sementara bahagian perut pula menonjol. Namun tubuh berbentuk tempayan mempunyai peha dan kaki yang kecil.
Cara bergaya: Pakaian perlu memperbetulkan bentuk tubuh khususnya perut supaya tidak tampak terlalu besar. Elakkan poket, lapel lebar dan sebarang hiasan di dada. Bagi yang gemar bergaya dengan skirt, pilih berbentuk lurus, atau bahagian pinggang yang mempunyai sedikit lipatan. Elakkan seluar ketat atau potongan pensil. Untuk membantunya, pakai skirt atau seluar panjang yang memeri kerana ia membantu bentuk tubuh seimbang.
Warna: Pakai warna gelap pada bahagian atas dan warna cerah untuk skirt. Disebabkan tubuh yang besar, elakkan motif besar kerana anda akan kelihatan lebih besar. Memandangkan bahagian pinggang dan perut yang besar, elakkan sebarang corak termasuklah poket pada bahagian berkenaan.

Bentuk lurus/tiang/ l
Ciri: Wanita yang mempunyai bentuk tubuh I, kurus dan lurus. Semua gaya sesuai untuk dipakai. Jika terlalu kurus, memakai baju berlapis adalah idea yang baik. Seandainya terlalu tinggi, pilih pakaian bercorak bagi mencantas ketinggian. Sekiranya pendek dan ingin tampak tinggi, pakai pakaian bercorak bergaris menegak dan warna senada.
Wanita yang mempunyai bentuk tubuh sebegini dikatakan memiliki bahagian bahu luas dan lazimnya dimiliki oleh model, justeru boleh memakai banyak jenis gaya pakaian kerana tidak perlu melindungi apa-apa dan juga tidak ada apa-apa yang perlu ditonjolkan. Malah pereka pakaian gemar model yang mempunyai bentuk tubuh seperti itu kerana dia mahu anda mengingati rekaan pakaiannya dan bukan model yang menggayakan. Model Tengku Azura dikaitkan dengan tubuh sebegini.
Cara bergaya: Baju atau seluar tidak boleh terlalu ketat, sementara itu rekaan baju perlu dilebihkan pada bahagian bahu untuk tampak lebih cantik, pakai baju berkolar atau hiasi leher dengan rantai.
Warna: Rona senada paling sesuai. Untuk tampak tinggi, pakai baju bercorak garisan menegak dan jika ingin kelihatan ramping, tampilkan warna warni atau sebarang aksesori pada bahagian tengah tubuh.

Bentuk berliku/gitar/ X
Ciri: Dianggap sebagai bentuk yang sempurna kerana tidak punyai banyak masalah apabila membeli pakaian. Bentuk tubuh sedemikian mempunyai bahagian atas dan bawah yang seimbang. Artis seperti Beyonce mempunyai tubuh bentuk sebegini. Potongan badan lurus dan melengkok dengan pinggang yang kecil dan potongan pinggul serta bahagian dada yang penuh.
Cara bergaya: Pakaian daripada fabrik lembut dan beralun paling sesuai untuk menyerlah bentuk yang cantik itu.
Warna: Sesuai kebanyakan warna.



so.....jgn risau akn cara pemakaian anda ya ..blh plajari ia :)


Gadis rEmaja cinta sEtia

Dicatat oleh Eqha Stella di 10:21 PTG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

0 ulasan:

Catat Ulasan

Langgan: Catat Ulasan (Atom)

Lencana Facebook

Eqha Stella

Reka Lencana Anda
diary chEnta aty

Mengenai Saya

Foto saya
Eqha Stella
kejayaan bukan pada akhir keputusan tapi kejayaan di lihat dari permulaan :)
Lihat profil lengkap saya

aku eQha

aku eQha

eQha a.k.a Gadis dEsa

"aku tEtaP akan mEnjadi diri ku samPai naFas ku yanG tErakhir kErna aku adaLah aku "

kau kEsayanGan ku

kau kEsayanGan ku





Stick-it notes

Pengikut




Gratisan Musik

.

.

.

.

.

.

Arkib Blog

  • ►  2013 (4)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (1)
  • ►  2012 (13)
    • ►  Disember (1)
    • ►  Julai (1)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Februari (5)
    • ►  Januari (3)
  • ▼  2011 (19)
    • ▼  Disember (10)
      • bEntuk baDan vs pemakaian ??
      • ipoh _ pantai tELuk batik Lumut pErak 251211
      • siapa kah yang bersalah sebenar nya???
      • 11122011
      • sEdih .... !
      • kEja oh kEja part 2
      • kEja oh kEja !
      • MERDEKA suda tiba !!!!!!!!!!!!
      • RINDU !!!
      • susa nya exam PERDAGANGAN hari ni .. ya Allah..kau...
    • ►  November (9)

6ixth Sense - Tak Bisa Memilihmu

 

Telah jauh terpisah, diriku dan dirimu,
Dalam ruang dan waktu,
Sendiriku jalani sepiku, tanpa dirimu,
Resahku tanpa hadirmu,
Sungguh berat hatiku untuk merasakannya

Salahku mencintai dirinya saat jauhku terpisah
Darimu,Dan hadirnya menyentuh hatiku,
Untuk cintainya,
Hatiku pun inginkannya,
Hingga runtuh setiaku kepada dirimu

Kusakiti hatimu yang tulus mencintaiku….

C/O
Maaf ku tak bisa memilih dirimu
Karena kuterhanyut mencintai dia
Inilah salahku yang memberi ruang
Didalam hatiku tuk mencintainya…

(terhanyut jiwa ini,terjatuh dihatinya)

 

 

powered by lirik lagu indonesia

Get this widget here

aku mEnyayanGi mu

aku mEnyayanGi mu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers
Imej tema oleh ozgurdonmaz. Dikuasakan oleh Blogger.